Thursday, April 14, 2011

urghhhh sinus dtg lg

olaaaa....
dh masuk hari keempat 5 sinus ak menyerang...
smpai demam ok....
tp lom demam yg tahap smpai ak x blh nak bangun lagi
setahun++ yg lps pernah wat treatment..dh kena sedut..
mahal...and sakit oke...mne tidak..smpai 3 org pegang kepala ak time doktor tu msukkn alat sedut tu dlm idung ak..mcm kena gigit semut ye doktor..perit yg amat smpai air mata mengalir oke...
pastu doktor tu ade ckp jgn mnum ais..bau asap...terutama asap rokok..jgn terdedah pada habuk..dan etc..dh lme kot lps treatment tu ak x mnum ais..ais krim kegemaran pn x mkn..tp sejak 2 menjak ni ak lnggar pantang lak..haaaa amik aku..sakit berlarutan smpai 5 ari dh...
hailaaaaa klau lynkn skit ni mmg ak x blh nk bngun ok..smpai thp serang kepala otak dh ni...muntah2...sakit woooooo....
haaa nak tahu sinus tu ape ke'animal'nya...jom bacae ni

Apa itu sinus?

Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini
mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada
rongga hidung.

Radang sinus?

Radang sinus adalah keadaan dimana terjadinya jangkitan atau radang pada lapisan
membrane pada rongga sinus. Radang sinus sering terjadi pada semua orang termasuk kanakkanak.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian:
• Radang sinus akut
• Radang sinus kronik

Apakah agen penyebab radang sinus?

Radang sinus boleh disebabkan oleh :
• Virus
• Bakteria
• Kulat

Agen penyebab radang lain:
• Alahan
• Iritasi kimia
• ketumbuhan dalam hidung (polyp)

Apakah tanda dan gejala radang sinus?

Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
• Hidung tersumbat
• Batuk
• Sakit kepala atau muka
• Jerawat pada muka
• Selsema berpanjangan
• Hidung berbau busuk
• Demam
• Letih dan lesu
• Hilang deria rasa dan bau
• Batuk teruk pada waktu malam

Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?

Radang sinus akut boleh menyebabkan:
• Radang sinus kronik
• Sakit kepala kronik
• Bisul pada sinus maxilar
• sinus frontal
• sinus ethmoidal
• otak
• mata.
Bisul periorbital kanan

Bagaimana merawat radang sinus?

Dapatkan nasihat doktor. Gejala dapat dikurangkan dengan cara :
• Rehat yang cukup
• Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
• Makan ubat penahan sakit ( panadol)
• Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
• Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.
Bagi radang sinus kronik, Rawatan berikut amat membantu:
• Steroid nasal spray (dapat mengurangkan bengkak dan radang)
• Penggunaan Antihistamin dalam jangkamasa panjang
• Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.

Bagaimana cara mencegah radang sinus?

Hal-hal berikut dapat mencegah terjadinya radang sinus:
• Hindari haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.
• Pastikan kelembapan di rumah baik
• Gunakan pembersih vakum yang menggunakan penapis udara
• Berhenti merokok (apekah..ak x merokok..yg tersyg je kuat merokok)
• Hindari alkohol
• Ambil ubat selsema sebelum berenang/menyelam


- owhhhhhhh bhai~~ kepala mahu me'explode' kan diri beliau...urghhhhhhhhhh

No comments:

Post a Comment